Wednesday, September 9, 2009

aku geram!

harini sepatutnya aku pegi kelas pukul 8 tapi aku tetido lepas subuh terbabas sampai pukul 10.
menggelabah cicak la bangun. tapi apakan daya. kelas pon dah habis masa tu.
sadaqallahula'zim je la.

geram ke tak dapat pegi kelas pagi tadi? ouh. suka lagi ada la. haha.

bangun dari tido kononnya nak pegi mandi.
tapi dengan kedurjanaan c kucing tompok yang telah merobek sampah kat balkoni bilik aku, habis besepah kepala ikan, tulang ayam bla bla bla.
cisssssss!!!! darah aku dah naik sampai kepala dah. geram ya amat!
kucing tu pulak dengan slumber katak je duduk tido mengangkang bawah rak kasut aku.
memang mendapat la. aku siram dengan air. yes!
saja nak tambah kerja aku. kena pegi mengangkut air dari bilik air. sapu tulang belulang. siram sampai hilang. aku memang dah hilang. hilang sabar!

aku dengan kawan2 aku memang ada jaga sekor kucing betina. belang2.
cheng. nama yang kitorang bagi. kucing tu paling manja dengan miera.
sebab miera je layan cheng baik2. kitorang ni kaki buli. tambah2 yan.
pantang tengok cheng senang. jentik telinga. pijak ekor. tutup muka dengan kain. macam2 lagi.
cheng memang tak suka kitorang. tapi kalau bagi makan, datang pulak dia.
cheng garang. dia tak bagi kucing lain duduk kawasan dia.
nampak je ada kucing baru, kembang bulu dia. ajak fight kononnya.

selama cheng ada dengan kitorang sejak bulan 3 lagi, takde pulak masalah.
tapi sejak belakangan ni, ada sekor kucing tompok2 datang ke paras kitorang.
kalau kucing tu datang tak buat masalah, sape2 pon tak heran.
ni tak. toilet yang selama ni berbau toilet je, dah ditambah dengan bau taik kucing.
memang la bagus berak dalam toilet, tapi tu toilet manusia weyy. adoyai. semak betol.
taik tu wujud hari sabtu. makcik cleaner cuci toilet hari selasa sebab isnin cuti nuzul quran.

boleh tuan2 puan2 bayangkan, menggunakan toilet dan shower dalam masa 3 hari 3 malam dengan bau taik kucing yang kaww itu?

disebabkan bau tersebut, ramai la yang muntah masa nak gosok gigi. bertambah sejenis lagi bau.
aku berusaha akan pegi ke toilet sekali je sehari. tapi tak boleh.
tak tahan. terpaksalah...

c tompok nampaknya akan dihukum buang daerah!
atau direjam dengan pancutan air halilintar.
atau disula bontotnya sampai buasir.

# ketap bibir#

demikianlah kegeraman aku. aku still dapat tahan lagi. bulan puasa mana boleh marah2.nasib kau memang baiklah c tompok. hmm..

# merenung cheng yg tido atas carpet #

ALLAH doesn't require you to 'be the best'
HE just wants you to 'do your best'
and HE will take care of the rest.

No comments:

Post a Comment