Sunday, October 3, 2010

hello cik blog

oh maapkn aku ye cik blog syg. aku mmg dah 'telupe' kan kau.. kau orite je kan..kan.. hehe =P
aku tau kau ni sporting cam aku jugak.. bhahaha..
okay skang aku layan kau balik okay?
x ok? btol ke? pliz la cik blog.. maapkan aku ye..
haaa..? layan kau tiap2 ari pasni sebagai balasan? hemm.........
bagi aku 2 bulan nak pk bole? hahahaha.. (kau tanak pk sampai 8 taun plak kan..)
***********************************************************************

hehehehe...
hai blogger.. pasni aku update la blog ni.
psssttt.. nak tau x.. aku stop aritu sari before burfday aku la..
wahahaha.. aku pon baru prasan tadi. gilo! mcm aku..

*bhahahahaha aku gelak guling2 setiap kali tengok pic ni..benar @ palsu?
anda yg tentukan..*

Sunday, October 18, 2009

mase skola skola ;D

tibe2 je aku teingat mase zaman skola skola dulu. form berapa tu tak ingat dah la. maklumla. udah dewasa sikit ni. banyak semut dah ditelan.

kelas aku buat drama tuk hari guru kalo tak silap. perancangan tak berapa nak rapi. masing-masing gelabah biawak. ala. spontan suda. memang gile. hahaha :))

DRAMA :

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!
Murid : Elok!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Murid : Bersorak!

*************************************************
tu je yang aku ingat.
ok2. aku maw set up balik kepala otak aku ni.
esok nak kena perah. cari pe plan baek bole aku buat.

chiow~!
^^,

Wednesday, October 14, 2009

Tuesday, October 13, 2009

dilemma ari rabu

eee... mane ni. adoi. dah macam-macam gaye klua ni. ala-ala perenang kuak kupu-kupu, penari ballet, undertaker sume cukup. tetonggeng sane cni.
dalam laci takde. dalam loker takde. bawah bantal takde. celah buku takde. dalam beg roxy takde. dalam poket jeans takde. dalam kasut takde. dalam tilam yang aku toreh takde. dalam besi katel takde. dalam lipatan suadalam pon takde. takde. takde. dan takde.
haish. mane korang pegi ni. jangan la main nyorok2 ngan aku. kene sorok ngan hantu baru tau.
hantu? haa... sah! kompom! terang nyata lagi tesuluh. aku dah taw.
ni tak lain tak bukan keje c setan kecik kale ijau bemazhab skinhead. kompom ah!
eh tapi rumet aku takde pon keco2 pasal ape2. takkan aku sorang je yang beliau pilih?
hmm... otak tak-berape-nak-center aku mule bekeje. scanning. searching. downloading.

ouh. kad! ye. kad! wah. aku dah nampak mase depan.

tett. RM-0.00
" woi cik kak. mu takde duit dalam ni. p men jaoh2."
perghh... bedezuppp gegendang telinge aku ditampa oleh kate2 mesin tesebut.
cilakak punye mesin. aku sikit punye chantek lagi anggun ni bole die sound dengan jitunye.
seap taruk -ve lagi kat belen tuh.

dilemma 1 :
aku jatuh miskin! kais pagi tak makan, kais tengahari cium baw lauk nasi membe, kais petang teguk airlio, kais malam makan kueh raye hasil simpati kawan2. uwaaaaaaa T_T T_T

*************************************************

.kelas pagi2 hari.
mud suam2 kuku. mate sembab. otak lembab. perot bekrruk.
lain2 tadehal. bole setle. usha mamat2 macho, bijik mate celik, otak sega, mud hot n spicy.
perot? nasi lemak-roti kosong-telo separuh masak-bubur nasi-sandwich sadin-tea tarik kata mari, kelas kata pegi.
abang halim, saye putar... makan besa. makan besa. B untuk bubur. ya... itu yang kita cari!!!!

bubur je aku pilih tuk santapan pagi ni. sep. nak makan besa, wang kenela besa beb.
ukurlah baju dibadan sendiri. jangan jadi seperti lalang. angin betiup kencang, die pon kencang. karam singh walia. tivi tiga.

eh. apehal ni. apehal semua kelua ni. eh janganla men geli2 ngan aku. men geli2 memalam la.
eh jangan la camni. aku tak bole control la. ey ey ey eyyyyyy....

abes. seluruh muke gatal2. merah2. telinge temasuk jugak.
jawapannya sambal o kicap dalam bubur tu kompom ade boh belacan ke cincalok ke hape tah..
insan seperti aku ni memang tak bole in langsung dengan spesis2 yang berasal dari laut.

dilemma 2 :
aku sedang sengsara menggaru-garu kawasan yang dikenalpasti dijangkiti virus belacan.
azab. seksa. aduh. uwaaaaaa T_T

******************************************************

jadi. aku ade bemillion sebab aku bad mud arini. tolong jangan tanye nape lagi ye.
kepale tengah semak dengan projek yang tak seap lagi. exam membunuh stret seminggu.
mati!

# tibe2 nanges. kerunsingan tak tertanggung beberape jam. je! #

Adakah aku perlu.....
MyEm0.Com hentam kepale sniri..
MyEm0.Com mengflyingkick sesape yg dapat..
MyEm0.Com membenamkan pisau ke tubuh orang o binatang..
MyEm0.Com menguji kekebalan kepala aku..
MyEm0.Com tehangguk-hangguk sensorang..
MyEm0.Com lalalalalalalalalalalaiiii...
MyEm0.Com yg ini............... wah! syiok!

sile beri pendapat anda dengan jujur dan ikhlas..
^^,

PENGALAMAN banyak beri PENGAJARAN..
ia akan MEMBENTUK kita.
dalam perjalanan hidup kita akan banyak temui sesuatu yang tak menyenangkan.
SAKIT. PENDERITAAN. dan banyak AIR MATA.
tapi inilah caranya untuk ubah diri kita untuk menjadi insan yang CANTIK.

hari yang beraktiviti

ala. sebenanye takde la beraktiviti sangat.
bangun tido je matahari da condong lebih belah barat.
biase la anak dara zaman sekang dok kat bandar ilang jap tatasusila kampong.
eh. tapi aku stat tido pon pas subuh ok. malam semalamnye aku pulun memulun.
pulun ape? aih. cite dalam kelambu pon nak kena share ke......?
haha :)

aktiviti yang paling layan arini jatuh kepada.....................
dudududududududududummmmm.......
menggile di kelas yang gile... gile punye busan.
ya ampon. taktaw la mak nak habaq tagha mana busannya noq.
mak sikit punya bebulu telinga dengaq tah hapa sembang tah kat depan nu. bedosa mak noq. mak tidoq lagi bek la. pasai pa.. dalam ati dok ngumpat ngata tu ini. duhh...
begitula seksanye jiwa raga aku ketika di dalam kelas ethics setiap petang selasa.
name je dok dalam kelas etika. tapi seko pon tak beretika. same dengan jela ngan orang yang becakap ni haa.
haish. masyarakat. masyarakat. <--- motif?

kemudian aku pulang ke bilik. selepas itu aku ke bilik kawan aku. seterusnya aku besembang dan begosip. dan begelak ketawa. sejurus kemudian aku mengonline menggunakan laptop kawan aku itu. akhirnya aku terdampar kelesuan kelaparan. bukan tido ye. aku blur nak buat ape lepas ni.

eyy. gwa penat la nak story gaya budak skola rendah ney. gwa da la memang tengah penat ni. 90 minit cukup besukan ala taichi lepas makan tadi. style gwa cakap lu. begelodak isi perot gwa. style mendenye tah. kalo dapat buat kepek, bagi sangat la kt kaw. tengah dok begaye ala-ala muhammad ali, dan lagi aku tarik chorus anggapanmu. kalah ziana zain. bungkus. suara dayang senandung macam aku, sape bole celen beb...

ding! 4469 jamban 3.
upss... nombo suda mari. perot suda nari.
tompang lalu...... :)

Cinta. betul ke buta?
Benci. betul ke sayang?
Kekasih. betul ke setia?
Sahabat. betul ke sejati?
Orang yang bace blog aku ni. betol ke tak betol?

:: aku pon belom tentu betol! hahaha :D ::

* single tebaru aku akan direlease pada 19.10.2009 betitle 'dan sesengguhnya'. sile la dapatkannya dipasaraya-pasaraya tedekat dan tesoho. lagu ni dah ke udara semasa aku di jamban 3 tadi. apa tunggu lagi. rembat dan sebat selagi aku masih ade *

halamak.. minah indie siot. minah india ye kot. kakakakakakakakasihan :))

Monday, October 12, 2009

dizzy coz bizzy

ye. memang aku bizzy sekarang.
bukan sikit2. tapi bukan main lagi.
kepala otak aku dah mental sikit. senget. 3 suku. pening2 nyamuk kene ridsect.
ini la padah!
keje dah kasi awal. buat las2 minit jugak.
macam hebat sangat. macam dan je nak siap dalam 2 3 saat. konon.
padan la muke kau waniey.
hahahaha :))


:: sape suroh ko buat keje las minit? ( korang nak cakap kan... aku taw! )
= sebab keje yang aku kena buat ni keja bekumpulan la weh. ahli lain pon tanak ajak buat awal2. aku ikot je. kire kawan2 aku pon stok kaki buat keje las minit gak la. 2x5. haha :D


:: sape suroh ikot kawan2? yang elok tanak ikot, yang tak elok laju je kamu nak ikot. ( kate ayah aku! )
= eh.. mane ade orang ikot kawan yang tak elok. ni keje kumpulan. kene bekerjasama. buat same2. semangat bekumpulan la katekan. hehe :)


:: bekerjasama tapi las minit nak buat ape....? ( sambung lecturer aku plak. haa kau... )
= laa.. ni bukan las minit la prof. prof kate kene submit mase nak masuk final exam nanti kan. saye rase macam lagi 3 minggu. banyak lagi kot mase. sempat. sempat. saye saje je nak buat2 gelabah macam da las2 minit. nak ready tuk final. cewah!


:: bila orang cakap sikit, menjawab... macam mane nak sedar diri??? ( ayah aku dah hangin. gini la! )
= perghh.. kene sekali. tapi betol la ape aku jawab. tu bukan cakap. tu tanye. bile orang tanye, kite kene la jawab. kan. kan. kalo macam tu, dalam exam, soalan tanye, kite jangan jawab. bole?
nanti tak dapat markah, fail, mak ayah sume tanye kenape fail, tak payah susuh2 jawab. jawapannya, lima jari tangan dan kaki di'trademark'kan ke muke kite. taniah diucapkan.

hahahaha :D


ok. dah cukup bukti ke kesengetan otak aku?
otak aku lagi senget lepas aku pegi ambik slip exam tadi.
dengan bangganya aku nak annouce kat sini yang aku abes exam 2hb Nov. yeay.
tapi..... seminggu sebelum tu aku mati. killer paper bederet siot. macam har...harharhar :D

bizzy bizzy aku pon, dan lagi aku merapek makan kerepek kat cni.
cni la tempat aku nak hilangkan sikit stress aku ni. terlebey suda! chewah!
hohohohohoho :))

sudah!
maw rehat otak. nanti jadi 1/2, lagi payah nak bela.
chiow~
^^,


Cabaran hidop ibarat taik hidong. kadang-kadang kecik. kadang-kadang besar.
Walaupon hari-hari kite korek hidong, esok taik hidong baru akan terbentuk.
Jadi jangan putus asa wahai kawan-kawan semua.
Teruskan mengorek dengan gembira.

whee~
^_^


* ini anak sedare aku yang ke 3. wan muhammad aliff firuz. comey macam 'ashu'nye kan. hahaha. muntah dak ni denga. *

Friday, October 9, 2009

busan


busan?
mendalah pe tuh....?

kalau nak tau sekarang ni aku tengah mengalami simptom busan tuh.
bukan tahap gaban lagi. tahap dewa 19 dah. adoyai.
buat ini salah. buat itu tak kena. nak buat ape lagi?
kasi idea tolong....

arini benda yang aku buat.....
bangun tido. mandi. on9. tengok cite. tengok cite. makan. on9. tengok cite. on9. on9. tengok cite.
tolong sape2 ulangkan lagi bende yang aku buat bole?
aku dah tak larat nak ulang dah.
las sekali... tido!
bapak pening kepala aku ngadap laptop ni 24/7..
arghhh... tolong saye!

keje belambak sebenanye.
yang ye nye aku malas.
tu sebab aku rase macam tak de keje..
hahahahahahahaha
:))

apa2 pun.. yang penting kita hepy!!!!

* terhasil dikala aku busan *


Bila ada masalah, buat selamba, hidup akan jadi bahagia.
Anggap masalah sebagai masalah, jawabnya susah!

Tuesday, October 6, 2009

hangat hangat taik kerbau

hehe..tajuk je pon dah tak bole bla.
aku tujukan khas kepada cik clawaniey a.k.a aku lerr..

hmm.. hangat-hangat taik kerbau.
baru-baru. hangat. pekat. likat. melekat. cukup.
bole kate seap bekepul asap. plus bau ya Tuhan. kaw!
lame-lame. kering. keping. lepek.
hangat takdok. suam takdok. asap takdok.
yang tinggal. baw saja ada still mantap menusuk hidong.

hmm.. hangat-hangat macam waniey.
baru-baru. semangat tak ingat.
story itu ini. gosip sana sini. kutuk nana mimi. galak!
lame-lame. kendur lagi luntur.
haram...
:p

****************************************************

hari ini hari rabu. hari ini 07.10.2009.
apa yang bermakna sangat?
hehe :)
ni nak habaq mai. ceq raya arini. cewah.
6 ari posa. taun lepaih tak cukup. huhu..

selamat hari raya c lawaniey.
selamat hari raya maaf zahir batin semua.

" Ada orang berjalan jauh kerana mencari pengalaman, tapi ada juga orang yang berjalan jauh kerana mengalami kesesatan."
duhh.
^^,

Saturday, September 12, 2009

harapan................ ='(

harini adalah sejarah.
aku dan kawan2 aku; anne pah sheeda yan teraccident. parah.
tanpa diduga. berjemaah bersama.
ouh sungguh malang. bagi hari mendatang.
sungguh gembira. menjelang raya.

harapan aku hanya tinggal harapan.
:(

esok tengahari bolehla drive tru McD.
hahahahaha.

# gelak durjana #

Kawan umpama.....BRA.
Susah nak cari yang...
Selesa
Sesuai
Menyokong
Menaikkan apabila jatuh.
:)

ps : tengah buat apa tu BRA2 ku semua???
hahahahahahahahaha.
^^,

Friday, September 11, 2009

permainan yang mempermainkan pemain

unplan activities. aku pah yan anne.
asalnya sebab keluar nak pegi isi minyak kereta pah plus beli air mineral je.
aleh2... sampai habis sahur baru balik. itulah kalau dah busan.
ada pulak kaki nak keluar. laju je la masing2.

masalahnya tak ada arah tujuan
tapi memang tak boleh bla la nak duduk melepak je kat bilik
yang ye nya, kaki gatal nak keluar. haha.

kereta dah menuju ke alamanda.
tiba2 keluar pulak plan lain. nak pegi danau kota pulak.
so kami teruskan perjuangan ke KL. before pegi danau, layan muvie dulu.
TS. aci dan je cerita apa yang ada. bedal! itu pon kot ada.
kalau tak ada, muncung le masing2.

GAMER.
haritu member aku ada cakap, cerita ni baru keluar.
sejauh mana barunya, aku pun tak tau. aku dah lama tak updatekan diri pasal muvie2 ni.
layan jela. dah hampir separuh cerita, baru la dapat tangkap cerita ni pasal apa.
start2 cerita memang aku tak paham. rasa macam baik aku tido je. lagi bagus.

tapi sebenanya, cerita ni menguji minda. kategori berat.
kita kasi pikir sikit sama penonton. hahaha.
menarik la jalan ceritanya. tak rugi la aku yang tengah kopak ni pegi melayan cerita tu.
tapi ni bagi aku. lain orang, lain pendapat, lain pandangan, lain cara pemikirannya.

seorang pemain yang memperjudikan nyawa dalam satu permainan yang mempermainkan pemainnya tanpa mengetahui siapa pemain sebenar.
haa.. paham ke? huhu.

cerita panjang2 pun tak guna. baik la korang layan sendiri cerita ni.
aku cerita pun karang bukan korang paham sangat.
lagipun ada sesetengah orang tak suka bila orang lain cerita dulu kat dia cerita yang dia belum tengok plus dah plan nak tengok. nanti tak pasal2 tarik mood dia.
dah tengok nanti, boleh la kita mengomen secara berjemaah ye.

perjuangan diteruskan ke danau kota.
ramai la orang bulan2 puasa ni. ramai gile.
tak macam biasa. siap tambah gerai sana-sini.
kepala dah berpinar. mata dah lebam rasa nak pejam.
tak boleh bla.
chow~

pekena nasi lemak telo mata 2 bijik, bali suam, air kosong. sahur! siap.
jauh mana pun pegi, makannya tetap kat Fariz.
mapley tersohor Bangi. haaahh.

# menguap kali ke berapa juta dah #

adioss~
^^,

*******************************************************

The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched.
They must be felt with the heart.